Sahabat :)

Aku teringin mempunyai sahabat
Ya, aku tahu susah nak dapat
Sekali aku dapat
Aku enggan melepaskan.


"Kawan-kawan kau yang lain tu bukan sahabat?"

"Bukan"

"Diorang pernah buat kau gembira bukan?"

"............."

"Ada juga yang mengambil berat tentang kau bukan?"

"Ya aku tahu. Tapi mereka semua bukan sahabat aku mereka cuma kawan"

"Kenapa kau tidak menganggap kawan itu sahabat engkau?"

"Kawan dengan sahabat lain. Kawan mudah dijumpai, tapi sahabat teramatlah susah dijumpai. Sahabat umpama berlian. Ianya sangat susar untuk dimiliki."

"Apa maksud sahabat?"

"Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh kedalamnya."

"Jadi, kau dah jumpa sahabat kau itu?"

"Belum lagi, aku kena mencari sahabat itu. Mudah mudahan Allah akan ketemukan aku dengan sahabat. InsyaAllah"

"Ameen"


Petang itu ku rasakan tenang. Aku baring di atas rumput sambil memandang langit. Semakin rindu aku kepada-Nya. Aku berzikir. Memejamkan mata. Tenang

Tiba-tiba kurasakan ada seseorang baring di sebelahku juga. Perlahan-lahan aku membuka mata dan memandangnya. Subhanallah, indah mukanya. Suci. Aku tidak pedulikan dia dan terus memejamkan mata dan berzikir di dalam hati. 

"Tenangkan?"

"Huh?" aku sedikit terkejut apabila dia tiba-tiba bersuara.

Dia bangun dari pembaringan dia. "Assalamualaikum, namaku sahabat"

Mendengar sahaja perkataan sahabat, aku bangun dari pembaringan "Waalaikumussalam. Sahabat?!"

"Ya. Aku tahu kau sedang mencari sahabat, sebab itu aku datang"

"Bagaimana kau tahu aku sedang mencari sahabat?"

"Itu engkau tidak perlu tahu."

"Baiklah. Apa tujuan kau datang kepadaku?"

Dia hanya tersenyum.

Aku pelik.

Tiba-tiba dia menghilangkan diri. 

Kemana dia menghilang? 

Kring! Kring! Kring! jam loceng ku menyedarkan aku dari tidurku. Aku hanya bermimpi. Fuhh

Aku bingung, apa maksud mimpi tadi? Sahabat? Siapa dia? Ahh! Itu semua permainan tidur, usah aku memikirkan lagi. Tapi, mukanya. Aku ingat.

Besoknya, aku datang ke masjid untuk mendengar usrah. Aku melihat tidak ramai yang menghadiri usrah itu. Hanya segelintir remaja sahaja yang datang. Remaja zaman sekarang tidak suka menghadiri usrah seperti ini, mereka lebih suka melepak di 'shopping complex' Ahhhh! Usah pedulikan, baik aku masuk. 

Selesai usrah, semua pulang. Sedang aku memakai kasut, ada suara yang menegurku.

"Assalamualaikum"

Aku pandang mukanya, suci dan menenangkan. Aku teringat akan mimpi ku, sahabat. Ya! Muka dia mirip sekali dengan sahabat didalam mimpiku! 

"Waalaikumussalam."

Sejak dari itu kami mula kenal. Kami menjadi rapat. Dan sejak dari itulah dia menjadi 'Sahabat' aku.

Alhamdulillah.


Selesai cerita ringkas daripada aku. Entah macam mana aku boleh buat cerita ringkas macam ni. Hmm