.....

Dari jauh aku melihat, memerhatikan setiap gerak geri yang mereka lakukan. Mereka berhempas pulas mencari rezeki di dunia. Sedangkan aku di sini senang. Bebas. Segala apa yang ku impikan tercapai.

Tapi, tiba masanya Dia menghantarku turun ke bumi. Tempat pertama yang aku jejaki ialah di rahim ibuku. Dia yang aku perhati dari jauh, kini aku berada di rahimnya. Alu selesa di tempat baruku ini. Tenang. Dia memang Maha Bijaksana menghantar aku ke sini. Tempat yang menenangkan.

Pagi itu, aku mendengar ibu sedang menjerit keseronokan. Setelah mendapat tahu tentang kehadiran aku di rahimnya. Habis kecoh rumah mendengar jeritan kegembiraan ibu sehingga berita itu tersebar luas.

"Em.. Laparlah pula. Nak beritahu ibulah. Ibu, harini nak makan pizza lah pula

"Sayang! Harini saya teringin nak makan pizza pula. Baby kita yang minta."
"Okay baiklah. Nanti abang belikan."

Wah senang betul di dalam ini, Mudah, cuma pesan terus dapat. Sungguh indah, sungguh mewah. Dia telah berikan yang terbaik untukku.

Hari berganti hari, genapnya 9 bulan 10 hari aku berada di dalam rahim ibu. Selama 9 bulan 10 hari ini jugalah aku telah di bawa kemana-mana, kehulur-kehilir di dalam kandungan. Aku telah dikurniakan anggota badan yang sempurna. Dari kepala sehingga ke hujung kaki. Sekarang tiba masanya untuk aku keluar melihat dunia. Tapi...

Betapa perihnya aku mendengar jeritan dan tangisan ibuku tika melahirkanku. Jeritan itu begitu perih sekali. Semua kesakitan semasa melahirkan aku itu ditanggung oleh ibu. Aku tidak merasakannya, Tetapi, aku tahu bahawa pedihnya tika melahirkan aku.

Kini, lahirlah aku di dunia ini sebagai islam.
Kedengaran suara merdu ayah beriqamah di sebelah telingaku sambil aku digendong.
Tenang...

Alhamdulillah. Lahirnya aku sebagai seorang perempuan beragama islam. Ku panjatkan doaku ke atas Mu ya Rabb. Rasa syukurku ke atas Mu. Terima kasih ya Tuhan atas pemberian yang kau berikan kepadaku. Jikalau bukan kerana Mu, aku tidak wujud di dunia ini dan namaku bukan Siti Nabihah. 

Hidup...

Hidup ini bagaikan roda,
Ada kalanya kita di atas,
Ada kalanya kita di bawah,
Usaha lebih, pasti berjaya.

"Aku telah gagal ujian kali ini. Mereka pasti akan memarahiku."

"Bersabarlah, sabar itu separuh daripada iman. Perkara ini bolehh kita jadikan teladan bukan? Malah, ini semua ujian daripada Dia"

"Ujian di sekolah pun aku telah gagal, inikan pula ujian daripada Dia. Bagaimana aku hendak hadapinya."

"Jangan engkau berkata sedemikian, seolah-olah engkau mengatakan dirimu seorang yang lemah wahai sahabat"

"Jadi, apa yang perlu aku lakukan?"

"Engkau perlu tabah untuk menghadapinya. Iman mu perlu diasah sebelum berperang di dunia ini. Jika tidak diasah, bagaimanakah engkau hendak berperang bersama iman mu yang lemah itu? Dunia ini penuh pancaroba, penuh dengan dugaan dan ujian. Dunia ini juga tempat di mana iman kita di uji. Sebab itulah kita perlu mengasahnya. Jika sekali kita lalai, beribu godaan yang mendatang. Jadi kita haruslah sentiasa berwaspada. Iman ini juga bukannya datang bergolek begitu sahaja, kita perlu mecari dan memilikinya. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal tetapi kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Terima kasih sahabat. Sesungguhnya, kau lah sahabat dunia akhirat aku. Sentiasa ada tika susah dan senang."

"Sama-sama wahai sahabat. Apa gunanya sahabat kalau kita tidak menolong sahabatnya yang lain? Bukankah ini sudah menjadi tanggungjawab aku? Aku gembira tatkala kau sedang gembira, jikalau kau berduka, aku pun turut berduka sahabat. Susah senang kita bersama."

"Benar kata kau. Aku harap persahabatan kita kekal selamanya."

"Aku rasa tidak. Setiap manusia pasti ada perpisahan bukan? Mungkin suatu hari nanti, aku yang pergi dahulu?"

"Jangan berkata begitu wahai sahabat, bukankah kita boleh berjumpa di akhirat kelak? Marilah kita bersama memimpin tangan ke syurga sahabat. Ayuh kejar impian kita!"


Hai. Dah lama tak update. Ok bye. Hehehe