.....

Dari jauh aku melihat, memerhatikan setiap gerak geri yang mereka lakukan. Mereka berhempas pulas mencari rezeki di dunia. Sedangkan aku di sini senang. Bebas. Segala apa yang ku impikan tercapai.

Tapi, tiba masanya Dia menghantarku turun ke bumi. Tempat pertama yang aku jejaki ialah di rahim ibuku. Dia yang aku perhati dari jauh, kini aku berada di rahimnya. Alu selesa di tempat baruku ini. Tenang. Dia memang Maha Bijaksana menghantar aku ke sini. Tempat yang menenangkan.

Pagi itu, aku mendengar ibu sedang menjerit keseronokan. Setelah mendapat tahu tentang kehadiran aku di rahimnya. Habis kecoh rumah mendengar jeritan kegembiraan ibu sehingga berita itu tersebar luas.

"Em.. Laparlah pula. Nak beritahu ibulah. Ibu, harini nak makan pizza lah pula

"Sayang! Harini saya teringin nak makan pizza pula. Baby kita yang minta."
"Okay baiklah. Nanti abang belikan."

Wah senang betul di dalam ini, Mudah, cuma pesan terus dapat. Sungguh indah, sungguh mewah. Dia telah berikan yang terbaik untukku.

Hari berganti hari, genapnya 9 bulan 10 hari aku berada di dalam rahim ibu. Selama 9 bulan 10 hari ini jugalah aku telah di bawa kemana-mana, kehulur-kehilir di dalam kandungan. Aku telah dikurniakan anggota badan yang sempurna. Dari kepala sehingga ke hujung kaki. Sekarang tiba masanya untuk aku keluar melihat dunia. Tapi...

Betapa perihnya aku mendengar jeritan dan tangisan ibuku tika melahirkanku. Jeritan itu begitu perih sekali. Semua kesakitan semasa melahirkan aku itu ditanggung oleh ibu. Aku tidak merasakannya, Tetapi, aku tahu bahawa pedihnya tika melahirkan aku.

Kini, lahirlah aku di dunia ini sebagai islam.
Kedengaran suara merdu ayah beriqamah di sebelah telingaku sambil aku digendong.
Tenang...

Alhamdulillah. Lahirnya aku sebagai seorang perempuan beragama islam. Ku panjatkan doaku ke atas Mu ya Rabb. Rasa syukurku ke atas Mu. Terima kasih ya Tuhan atas pemberian yang kau berikan kepadaku. Jikalau bukan kerana Mu, aku tidak wujud di dunia ini dan namaku bukan Siti Nabihah. 

1 comment:

Comment ?