.....

Dari jauh aku melihat, memerhatikan setiap gerak geri yang mereka lakukan. Mereka berhempas pulas mencari rezeki di dunia. Sedangkan aku di sini senang. Bebas. Segala apa yang ku impikan tercapai.

Tapi, tiba masanya Dia menghantarku turun ke bumi. Tempat pertama yang aku jejaki ialah di rahim ibuku. Dia yang aku perhati dari jauh, kini aku berada di rahimnya. Alu selesa di tempat baruku ini. Tenang. Dia memang Maha Bijaksana menghantar aku ke sini. Tempat yang menenangkan.

Pagi itu, aku mendengar ibu sedang menjerit keseronokan. Setelah mendapat tahu tentang kehadiran aku di rahimnya. Habis kecoh rumah mendengar jeritan kegembiraan ibu sehingga berita itu tersebar luas.

"Em.. Laparlah pula. Nak beritahu ibulah. Ibu, harini nak makan pizza lah pula

"Sayang! Harini saya teringin nak makan pizza pula. Baby kita yang minta."
"Okay baiklah. Nanti abang belikan."

Wah senang betul di dalam ini, Mudah, cuma pesan terus dapat. Sungguh indah, sungguh mewah. Dia telah berikan yang terbaik untukku.

Hari berganti hari, genapnya 9 bulan 10 hari aku berada di dalam rahim ibu. Selama 9 bulan 10 hari ini jugalah aku telah di bawa kemana-mana, kehulur-kehilir di dalam kandungan. Aku telah dikurniakan anggota badan yang sempurna. Dari kepala sehingga ke hujung kaki. Sekarang tiba masanya untuk aku keluar melihat dunia. Tapi...

Betapa perihnya aku mendengar jeritan dan tangisan ibuku tika melahirkanku. Jeritan itu begitu perih sekali. Semua kesakitan semasa melahirkan aku itu ditanggung oleh ibu. Aku tidak merasakannya, Tetapi, aku tahu bahawa pedihnya tika melahirkan aku.

Kini, lahirlah aku di dunia ini sebagai islam.
Kedengaran suara merdu ayah beriqamah di sebelah telingaku sambil aku digendong.
Tenang...

Alhamdulillah. Lahirnya aku sebagai seorang perempuan beragama islam. Ku panjatkan doaku ke atas Mu ya Rabb. Rasa syukurku ke atas Mu. Terima kasih ya Tuhan atas pemberian yang kau berikan kepadaku. Jikalau bukan kerana Mu, aku tidak wujud di dunia ini dan namaku bukan Siti Nabihah. 

Hidup...

Hidup ini bagaikan roda,
Ada kalanya kita di atas,
Ada kalanya kita di bawah,
Usaha lebih, pasti berjaya.

"Aku telah gagal ujian kali ini. Mereka pasti akan memarahiku."

"Bersabarlah, sabar itu separuh daripada iman. Perkara ini bolehh kita jadikan teladan bukan? Malah, ini semua ujian daripada Dia"

"Ujian di sekolah pun aku telah gagal, inikan pula ujian daripada Dia. Bagaimana aku hendak hadapinya."

"Jangan engkau berkata sedemikian, seolah-olah engkau mengatakan dirimu seorang yang lemah wahai sahabat"

"Jadi, apa yang perlu aku lakukan?"

"Engkau perlu tabah untuk menghadapinya. Iman mu perlu diasah sebelum berperang di dunia ini. Jika tidak diasah, bagaimanakah engkau hendak berperang bersama iman mu yang lemah itu? Dunia ini penuh pancaroba, penuh dengan dugaan dan ujian. Dunia ini juga tempat di mana iman kita di uji. Sebab itulah kita perlu mengasahnya. Jika sekali kita lalai, beribu godaan yang mendatang. Jadi kita haruslah sentiasa berwaspada. Iman ini juga bukannya datang bergolek begitu sahaja, kita perlu mecari dan memilikinya. Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal tetapi kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA."

"Terima kasih sahabat. Sesungguhnya, kau lah sahabat dunia akhirat aku. Sentiasa ada tika susah dan senang."

"Sama-sama wahai sahabat. Apa gunanya sahabat kalau kita tidak menolong sahabatnya yang lain? Bukankah ini sudah menjadi tanggungjawab aku? Aku gembira tatkala kau sedang gembira, jikalau kau berduka, aku pun turut berduka sahabat. Susah senang kita bersama."

"Benar kata kau. Aku harap persahabatan kita kekal selamanya."

"Aku rasa tidak. Setiap manusia pasti ada perpisahan bukan? Mungkin suatu hari nanti, aku yang pergi dahulu?"

"Jangan berkata begitu wahai sahabat, bukankah kita boleh berjumpa di akhirat kelak? Marilah kita bersama memimpin tangan ke syurga sahabat. Ayuh kejar impian kita!"


Hai. Dah lama tak update. Ok bye. Hehehe

Sahabat :)

Aku teringin mempunyai sahabat
Ya, aku tahu susah nak dapat
Sekali aku dapat
Aku enggan melepaskan.


"Kawan-kawan kau yang lain tu bukan sahabat?"

"Bukan"

"Diorang pernah buat kau gembira bukan?"

"............."

"Ada juga yang mengambil berat tentang kau bukan?"

"Ya aku tahu. Tapi mereka semua bukan sahabat aku mereka cuma kawan"

"Kenapa kau tidak menganggap kawan itu sahabat engkau?"

"Kawan dengan sahabat lain. Kawan mudah dijumpai, tapi sahabat teramatlah susah dijumpai. Sahabat umpama berlian. Ianya sangat susar untuk dimiliki."

"Apa maksud sahabat?"

"Sahabat ialah orang yang sanggup terjun ke neraka untuk menyelamatkan kamu sekiranya kamu jatuh kedalamnya."

"Jadi, kau dah jumpa sahabat kau itu?"

"Belum lagi, aku kena mencari sahabat itu. Mudah mudahan Allah akan ketemukan aku dengan sahabat. InsyaAllah"

"Ameen"


Petang itu ku rasakan tenang. Aku baring di atas rumput sambil memandang langit. Semakin rindu aku kepada-Nya. Aku berzikir. Memejamkan mata. Tenang

Tiba-tiba kurasakan ada seseorang baring di sebelahku juga. Perlahan-lahan aku membuka mata dan memandangnya. Subhanallah, indah mukanya. Suci. Aku tidak pedulikan dia dan terus memejamkan mata dan berzikir di dalam hati. 

"Tenangkan?"

"Huh?" aku sedikit terkejut apabila dia tiba-tiba bersuara.

Dia bangun dari pembaringan dia. "Assalamualaikum, namaku sahabat"

Mendengar sahaja perkataan sahabat, aku bangun dari pembaringan "Waalaikumussalam. Sahabat?!"

"Ya. Aku tahu kau sedang mencari sahabat, sebab itu aku datang"

"Bagaimana kau tahu aku sedang mencari sahabat?"

"Itu engkau tidak perlu tahu."

"Baiklah. Apa tujuan kau datang kepadaku?"

Dia hanya tersenyum.

Aku pelik.

Tiba-tiba dia menghilangkan diri. 

Kemana dia menghilang? 

Kring! Kring! Kring! jam loceng ku menyedarkan aku dari tidurku. Aku hanya bermimpi. Fuhh

Aku bingung, apa maksud mimpi tadi? Sahabat? Siapa dia? Ahh! Itu semua permainan tidur, usah aku memikirkan lagi. Tapi, mukanya. Aku ingat.

Besoknya, aku datang ke masjid untuk mendengar usrah. Aku melihat tidak ramai yang menghadiri usrah itu. Hanya segelintir remaja sahaja yang datang. Remaja zaman sekarang tidak suka menghadiri usrah seperti ini, mereka lebih suka melepak di 'shopping complex' Ahhhh! Usah pedulikan, baik aku masuk. 

Selesai usrah, semua pulang. Sedang aku memakai kasut, ada suara yang menegurku.

"Assalamualaikum"

Aku pandang mukanya, suci dan menenangkan. Aku teringat akan mimpi ku, sahabat. Ya! Muka dia mirip sekali dengan sahabat didalam mimpiku! 

"Waalaikumussalam."

Sejak dari itu kami mula kenal. Kami menjadi rapat. Dan sejak dari itulah dia menjadi 'Sahabat' aku.

Alhamdulillah.


Selesai cerita ringkas daripada aku. Entah macam mana aku boleh buat cerita ringkas macam ni. Hmm

Detik Yang Bermakna

Assalamualaikum.

Si tua mendengus menghentak memberontak,
Malam dan siang sudah bersatu,
Hasil usaha belum bertemu,
Pantas hati sombong menyalah kantuhan,
Atas kekurangan yang dirasakan kekurangan.

Tidakkah kau sedar?
Sang Pencipta menghantar pesanan,
Kepada hamba-Nya yang lalai menjaga amalam,
Sudah lama kau bersikap angkuh,
Mungkin kau lupa dunia bukan tempat berlabuh.

Harta dan darjat agenda hidup,
Wanita jahiliah igauan malam,
Hati tidak tenang tidak pernah cukup,
Jika kau  mencari rahmat Tuhan,
Akan kau fahami syurga kebahagiaan,
Masihkah terkeliru definisi kejayaan?

Yakin Kau lafaz ingin ke syurga,
Walau jelas perilakumu tidak selayaknya,
Tiada yang berlaku sia-sia,
Segalanya dititip hikmah sejuta makna.

Pernah kau tangisi solatmu yang tidak kau fahami?
Pernah kau rindui Rasullullah SWT yang sehingga
wafatnya menyebut ummati.... ummati...?

Sang pemikir membentang sejadah,
Merintih merayu pada yang Maha Indah...
Dia sedar masa hampir tiba untuk dunia berehat
Selamanya...

Detik itu tidak akan beku,
Ia akan terus berlaku,
Dengan izin ALLAH Islam akan
bangkit jua nanti....

Titisan Mahabbah

-Diana Amir-

Sahabat

Doaku buat kalian, sahabatku.

Bismillahhirrahmanirrahim.

Ya Allah..
Panjangkanlah umur sahabatku, kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.


Ya Allah..
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik dalam agama, dunia dan akhirat.


Ya Muhaimin..
Jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana..
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati..
jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.


Ya Muhaimin..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu.

Ya Allah yang tercinta..
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Ya Rabbul Izzati..
Bahagiankanlah hatinya sebangaimana Engkau bahagiakan hati hambaMu yang lain..

Amin Ya Rabbal'alamin..

Diari Seorang Muslimah

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

Ya Haiyyu Ya Qayyum

Dimalam yang dingin ini, aku ingin mengadu kepadamu.

Kepada siapa lagi ingin ku luahkan perasaan ini selain engkau yang memiliki jiwa ini.

Sesungguhnya tidaklah terhitung syukurku kepadamu dengan nikmat yang melimpah ruah yang engkau berikan. Aku bersyukur dijadikan sebagai seorang wanita yang padanya punyai keindahan dan kelembutan.

Namun, menjaga nikmat wanita ini amatlah berat bagiku. Sesungguhnya tiadalah daya aku melainkan dengan rahmatmu.

Ya Rabb..

Amatlah berat bagiku untuk memikul beban perintahmu.

Aku 'terpaksa' melabuhkan tudungku, tatkala yang lainnya 'menggayakan' dengan berbagai-bagai cara pakaian yang mendatangkan murkamu.

Aku 'terpaksa' memakai baju yang menyembunyikan perhiasan tubuh badanku, tatkala yang lainnya 'menayangkan' kepada kaum adam sebagai santapan.

Aku 'terpaksa' menjaga hubunganku dengan lelaki yang bukan muhrim dari segi percakapan dan tingkahlaku, tatkala yang lainnya bergurau senda, bersentuhan, bagaikan tiada lagi maruah dan harga diri,

Ya Rahman..

Sesungguhnya, aku berasa sungguh asing sekali apabila aku menjalankan perintahmu. Mereka mencemuh aku dan memandang rendah kepadaku. Lalu, aku teringatkan pesanmu:

"Akan tiba suatu masa pada manusia, dimana orang yang bersabar di antara mereka dalam memegang agamanya, ibarat orang yang menggenggam bara api." (Hr. at-Tirmidzi)

Aku menangis setiapkali mengenangkan peristiwa ini. Tetapi kini aku sedar, bahawa apa yang aku harapkan hanyalah Cinta Agungmu dan moga aku bertemu dengan Rasullullah dalam keadaan aku menjadi diantara ummatnya yang taat di syurgamu yang penuh dengan nikmat..



SAHABAT :)

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

:)

Wanita..

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim


Perempuan...

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim


Haha. Bye ;)

Haha

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim


Lol. Saje lukis doodles macam ni. *takadakerja* Bye :3 lukisan dekat sketch toy INI

pengawas

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

 haha lawak k. bye 

meoww

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

ini anigif yang pertama yang aku buat , baru je buat tadi . meoww tuh pon same , k.bye .

Pray For Gaza

Jangan lupa mendoakan mereka di Gaza selepas solat. Jangan hanya #PrayForGaza di Twitter mahupun Facebook. Hati nurani kita kena doakan juga setiap masa ♥

Do'a untuk GAZA, Palestine :

Wahai Tuhan kami,
Berilah kemenangan kepada Islam dan Muslimin,
Ya Tuhan kami, 
Berilah kemenangan kepada Muslimin di semua tempat,
Ya Tuhan kami, 
Berilah kemenangan kepada orang Islam di Palestin (3x),
Ya Tuhan kami,
Hancurkanlah Kuffar, Yahudi, Nasrani dan Musyrikin,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Allah,
Ya Tuhan kami,
Kalahkan mereka, Dan menangkan kami ke atas mereka.

Aamiin~

# via seindahcintaislam.blogspot.com


doodles muslimah

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

Hai stalker ^^ Alhamdulillah kita bertemu lagi di post yang terbaru ini (ayat merepek) . Tajuk pagi nih doodles LAGI ! haha . hari tuh dah ade post pasal doodles .. hari nih pon nak post lagi jugak (ayat keling) haha. dah start merepek dah aku neh ~

dengan semangat yang beria-ria , aku lukis doodles . tak tau lah cantik ke tak ..  tadi mule-mule nak buat muka vector ,  dah mukenye nampak macam doodles .. jadi aku terus lah buat doodles ..

doodles ini tidak berbackground transparent *harap maklum*


tuh hah doodles nye .. aku nak korang cakap dalam hati (buruk lah doodles kau nabihah) k. merepek.. hei..hei.. aku dah tukar header baru ~ mesti korang terkejut kan *perasan* muahaha~ header itu hanya sementara saja ^^ nanti kalau tak best tukar lah header lama tuh ..   aku ade niat di hati nak buatkan header untuk dalilah  tapi tak tau bile .. insyaallah bile aku ade mase aku buat lah nanti ..  dah pagi nak tido dah nih .. hai katil .. kite berjumpa lagi ~ time to sleep  merepek jap pepagi buta nih .. bye besok sekolah khas ~ wassalamualaikum ..

..

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

Hai stalker :D apa khabar sihat ? Alhamdulillah , aku sihat je . hari ni tak ade topik yang nak aku ceritekan . tujuan entry ini dibuat adalah untuk menguppload header untuk kawan aku yang bernama natasya . dier tak de mintak pon . aku je saje , tangan gatal nak buat kan header untuk dier xp ok lah tengok lah , tak cantik pon .

*natasya klik gambar nih kalau nak amik url *

awak , siries tak cantik kite buat T_T maaf lah ~ ok, aku nak ucapkan salam maal hijrah semua blogger-blogger islam dan terutamanya untuk TDNF . rindu diorang T_T . ok lah bye . wassalamualaikumwarrahmatullahiwabarakhatu ^_^)Y


nota kecil : blogger lain jangan memandai nak curik header nih ok. ini header untuk tasya ^^

cara nak lukis doodles

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim


Hai korang , nih bukan tutorial nih nak mengajar kat kakak nih . dier suruh ajar , so aku akan ajarkan :3 mule-mule pergi bukak paint tool sai . kalau tak ade boleh download ye kak . search je kak google .
 ikut gambar . * klik unutuk besar *

klik file dan tekan new 

ajjust size

tekan curve . dan lukis lah :3


korang boleh tekan edit untuk buat muka ye ^^






korang boleh pilih warna ye ^^

dah siap warna ini lah hasilnye ^^

chuuby >-< tak comel pon ! BYE 




doodles.

Assalamualaikum | salam sejahtera
Bismillahhirrahmanirrahim

Hai stalker . ok , tajuk hari nih doodles . nak cakap , aku memang tak ada bakat dalam melukis doodles . lagi-lagi vector . semua vector aku buruk-buruk T_T dan doodles aku semestinya buruk kan ? dah banyak dah doodles aku lukis . tapi aku simpan je :D jom tengok T^T

doodles dengan phone 


doodles freehair 

ni tomato . tak motif pon sebenarnye , saje lukis 

buruk kan ? dah tau dah . tak payah cakap pon aku dah tau buruk T_T Bye .